Thanks dear follower ! :)

Tuesday 20 March 2012

Cinta itu Nikmat, tapi AWAS! (Part 2)

 Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menujah² melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.
 Yang peliknya, ibu bapa buat² pejam mata sahaja apabila anak² mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki² yang entah siapa².
 Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua² ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri. 
Allah SWT telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati. Jika kita memang benar² ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu kebih berat daripada Iman kita. Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?
 Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?
 Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua² bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat lepas tu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara² cinta.
 Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang² cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pegangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan orang lain.
 Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mampunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah. :)
Sinar Siswa.
thankyou and sorry kalau ada yg terasa hati ! :)

No comments:

Post a Comment