Thanks dear follower ! :)

Tuesday 20 March 2012

Cinta itu Nikmat, tapi AWAS! (Part 1)



assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh. "Cinta itu Nikmat, tapi AWAS!" nab terbaca time nab dapat flyer Sinar Siswa. nab rasa macam nab tak layak pon untuk post o cakap pasai benda ni. tp nab rasa text ni tersangat la menarik n nab nak kongsi untuk sesiapa yang belum pernah jumpa text ni. nab nak ajak sama² amek pengajaran dari sini dan menjadi lebih baik. Subhanallah. :)


 Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.
 Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Nitijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik² hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram. Siapa yang harus dipersalahkan? Tepuk dada tanya Iman.
 Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka².
 Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita  ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci.
 Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.
 Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan sengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri. 
 Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa, Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras.
 Buktinya, ramai antara kita yang semakin terdedah dengan gejala² sosial. Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-NYA jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.
 Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah SWT yang paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki yang bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cuba membunuh diri. Padahal sikap nereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri.
 Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu 'trend' dalam kehidupan kita. Kita lebih cendrung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.
 Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.
 Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan? Ditayang², ditunjuk² ibarat 'show case' lagaknya. Kononya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh tergolek².
 Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?
BERSAMBUNG..
thankyou and sorry kalau ada yg terasa hati ! :)

No comments:

Post a Comment